Artikel

Carsome Sasar Tingkatkan Hasil Sehingga 40% – Pada 2025 

Carsome, platform jual beli kenderaan terpakai di Asia Tenggara kini optimis untuk meluaskan segmen perniagaan mereka dengan menyasarkan pertumbuhan hasil meningkat sekitar 20% hingga 40% menjelang 2025. Perkembangan itu antaranya melibatkan perluasan khismat dalam pembiayaan dan insurans kenderaan.

Setakat ini, untuk 6 bulan pertama 2024 operasinya di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina telah menyumbang sekitar 20% pada jumlah pendapatan kumpulan.

Maka untuk merancakkan lagi pertumbuhan operasi, langkah perluasan khidmat akan dilaksanakan pada tahun 2025 menurut pihaknya pada sidang Tech In Asia 2024 minggu lalu. Perluasan ini juga akan membabitkan khidmat sampingan Carsome melalui Carsome Capital dan Carsome Aftersales.

Buat pengetahuan bagi tahun 2023, keuntungan kasar kumpulan telah berjaya meningkat lebih 80% berikutan sokongan teknologi seperti enjin carian harga yang dipacu AI serta kadar ramalan harga kepada pengguna.

Akses tersebut secara langsung telah mengukuhkan permintaan pada operasi teras dan khidmat sampingan Carsome. Pada pelan pertumbuhan yang sama, Carsome optimis perolehan yang lebih tinggi dapat dicapai kumpulan pada tahun hadapan.