Artikel

Kerajaan Teliti Cadangan Bangunkan Media Sosial Sendiri – Buat Rakyat Malaysia

Rentetan terdapat medium media sosial yang mengaut keuntungan, di samping tidak memberi jaminan menyeluruh akan keselamatan pengguna – kerajaan Malaysia kelak akan teliti cadangan bagi mewujudkan media sosial khusus buat kegunaan rakyat negara.

Pertimbangan cadangan ini pada makluman Bernama, telah dikemukakan selebriti tanah air iaitu Datuk Aznil Nawawi berikutan isu hantaran berkaitan konflik Timur Tengah telah diturunkan pleh platform media sosial. Tindakan itu sekaligus menafikan hak pengguna negara.

Meskipun tidak ketahui, akan lanjutan cadangan ini dimaklumkan sekiranya pembanguna media sosial tersebut direalisasikan – ia tidak akan dibenarkan ke atas kanak-kanak di bawah 13 tahun.

Buat pengetahuan umum, pembangunan media sosial khusus ini bukanlah perkara baharu. Idea ini difahamkan telah dicuba beberapa negara selain Malaysia.