GHL Systems Bhd, penyedia khidmat pembayaran negara kelak dimaklumkan akan dinyahsenarai oleh papan Bursa Malaysia setelah 21 tahun menjadi syarikat yang tersenarai. Pengeluaran ini berikutan pengambilalihan yang dilaksanakan oleh NTT Data Japan Corp.
Pada makluman kepada Bursa, keseluruhan modal saham terbitannya akan dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Securities – berkuatkuasa 6 Ogos ini.
Untuk makluman, peralihan GHL ini telahpun dimaklumkan pada Mei lalu apabila NTTD Japan bercadang mengambilalih syarikat setelah membeli 58.73% kepentingan dengan nilai RM724.08 juta.
Maka untuk perolehan GHL sepenuhnya, firma Jepun ini perlu laksana pelaburan sebanyak RM508.74 juta pada jumlah 1.14 bilion saham terbitan.