Artikel

Korean Air Akan Henti Hidang Mi Cawan Segera – Buat Penumpang Kelas Ekonomi

Korean Air, syarikat penerbangan Korea Selatan kini memaklumkan pihaknya akan menghentikan hidangan mi cawan segera buat penerbangan jarak jauh dan melibatkan penumpang kelas ekonomi. Keputusan ini diambil susulan isu gelora udara untuk mengelakkan berlakunya insiden melecur pada persekitaran kabin yang memiliki jarak dekat bersama pengguna.

Seperti yang umum ketahui, pada Mei lalu Singapore Airline telah berdepan insiden yang teruk disebabkan gelora udara yang mengakibatkan seorang penumpang maut serta sebilangan berdepan kecederaan serius. 

Penamatan hidangan tersebut dimaklumkan akan dikuatkuasakan bermula 15 Ogos ini. Di mana ia akan digantikan dengan hidangan ringan seperti sandwich, roti sosej.