Artikel

F&N Untung RM121.63 Juta – Akui Ketidaktentuan Geopolitik Jejas Aliran Eksport

Fraser & Neave Holdings (F&N) terus memperlihatkan prestasi yang baik apabila berjaya meraih peningkatan pada keuntungan bersih operasi kepada RM121.63 juta dalam pasaran negara untuk suku ketiga 2024.

Biarpun begitu kesan ketidaktentuan geopolitik telah menjejaskan aliran eksport mereka melibatkan permintaan makanan dan minuman. Situasi tersebut menyebabkan perolehan kumpulan susut kepada RM1.30 bilion daripada RM1.33 bilion sebelumnya.

Setakat ini prestasi mereka untuk 9 bulan tahun ini, keuntungan bersih telah meningkat mepada RM457.78 juta berbanding RM399.342 juta pada tahun 2023. Diikuti perolehan pula meningkat kepada RM3.99 bilion.