TNG Digital kini terus melengkapkan perkhidmatan kewangan mereka dengan terbaharu menyediakan akses akaun gaji kepada pekerja asing yang tidak memiliki akaun bank – menerusi TNG eWallet.
Penawaran akses telah direalisasikan setelah TNG Digital meraih kelulusan di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Akses tersebut akan bertindak selaku instrumen pembayaran gaji alternatif bagi pekerja yang tidak mempunyai bank.
Ia tidak sekadar pekerja asing bahkan untuk kumpulan pekerja rencam negara.
Pada akses tersebut, para pengguna yang terlibat turut boleh memindahkan wang tersebut dengan lancar ke mana-mana perbankan di Malaysia melalui TNG eWallet dengan sokongan nombor akaun DuitNow. Maka para majikan boleh mendepositkan gaji secara terus kepada akaun TNG eWallet pekerja mereka tanpa sebarang kesulitan.
Lebih menarik, kumpulan pekerja yang terlibat turut boleh manfaatkan pengeluaran wang tersebut menggunakan Kad Visa TNG. Kad tersebut akan membolehkan pengeluaran tunai turut dilaksana dari ATM seluruh Malaysia dan membolehkan pengguna laksana pembayaran secara fizikal.
Selanjutnya, dengan penambahan ciri ini para pengguna turut boleh memanfaatkan ciri TNg eWallet yang lain antara Kiriman Wang di aplikasi. Pada akses tersebut ia membolehkan pekerja asing menghantar wang secara digital ke lebih 50 buah negara tanpa sebarang kos tambahan.
Berikutan sokongan ini, ia secara langsung akan meningkatkan lagi penggunaan khidmat kewangan digital kalangan penduduk negara. Khususnya buat kumpulan yang tidak mendapat perhatian bersama institusi kewangan konvensional.