Artikel

Mulai 1 Okt – Pemegang Lesen B1, B2 Lebih 10 Tahun Layak Mohon Beralih Ke Lesen B Penuh

Bermula 1 Oktober ini, permohonan peralihan lesen motosikal B1, B2 kepada B penuh akan dibuka kepada umum. Buat masa ini aturan tersebut kini di fasa akhir semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Setakat ini, berdasarkan perincian awal Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk peralihan status lesen tersebut – caj perkhidmatan sebanyak RM160 akan dikenakan kepada calon untuk menampung kos operasi di institut memandu (IM) termasuk latihan litar selama dua jam.

Dan antara syarat yang diperlukan untuk melayakkan kumpulan adalah individu memegang lesen B1 atau B2 perlukan secara aktif miliki lesen selama 10 tahun.

Adanya syarat sedemikian, ia berupaya menjamin tahap kompetensi,  pengalaman pemanduan kenderaan motosikal buat mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.