Malaysia kini merealisasikan matlamat negara untuk kembalikan semula sokongan dana pendidikan menerusi pengenalan MyBrain 2.0 yang dibuka bermula hari ini (1 Ogos).
Pada agenda ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan ia akan menyokong dana penidikan buat pelajar negar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Permohonan akan dibuka sehingga 21 Ogos 2024 jam 11.59 malam.
Inisiatif tersebut untuk makluman akan tertumpu kepada orang awam yang tidak miliki pendapatan tetap serta tidak bekerja. Malah ia turut tersedia buat pensyarah IPTS yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah.
Antara tumpuan bidang pengajian yang diutamakan adalah kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Sains Sosial serta Sastera Ikhtisas. Sekiranya para pemohon diluluskan, dana sokongan ini akan melibatkan tajaan yuran pengajian bersama elaun sara hidup.
Adanya inisiatif ini ia secara langsung akan membantu menambahbaik status pendapatan bakat negara dan menghasilkan lebih banyak idea serta kepakaran dalam bidang ekonomi tertentu di masa hadapan.
Berdasarkan sasaran awal, dijangka inisiatif MyBrain ini berpotensi menaja sehingga 500 pelajar pada setiap tahun untuk akses dana pendidikan tersebut. Sebarang maklumat lanjut, semua pemohon berpotensi boleh merujuk laman Biasiswa-MyBrain2 bagi tindakan seterusnya.