Artikel

Akta Perniagaan Khidmat Wang Kini Dikuatkuasakan – Pengendali Wang Haram Akan Berdepan Tindakan Tegas

Bermula hari ini (1 Ogos), Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan penguatkuasaan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 (MSBA 2024) kini dilaksanakan serta-merta.

Menerusi pindaan tersebut ia akan mengukuhkan peranan BNM dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas ke atas pengendali wang haram di pasaran negara.

Di bawah pindaan ini, ia membolehkan pengendali wang haram di penjara mandatori untuk tempoh sehingga 10 tahun dan berdepan dengan sekurangnya RM50,00. Tidak hanya itu, penjelasan yang terpererinci berhubung kesalahan bersubahat bersama pengendali haram juga turut diperuntukkan BNM bersama pembuktian.

Malah pihak berkuasa turut memiliki hak untuk melucuthakkan harta pengendali wang haram ketika didakwa. Tindakan itu untuk memastikan daripada isu yang sama berulang ke atas pengguna yang lain.

Buat pengetahuan umum, akta ini mentadbir amalan dan penyeliaan perniagaan perkhidmatan wang melibatkan pengurup wang, pengendali khidmat kiriman wang dan pemborong mata wang.

Adanya pematuhan dalam pindaan baharu ini ia sekaligus akan mengukuhkan lagi peranan utama pemain industri dalam pasaran negara tanpa menyalahgunakan pengaruh institusi kewangan untuk kepentingan sendiri.