Artikel

Alliance Bank Optimis Pacu Perniagaan Teras – Johor, Sabah Jadi Tumpuan Utama Pada 2025

Alliance Bank terus meraih prestasi yang membrangsangkan pada pasaran negara. Bersama sokongan startegi Accerler8 yang diperkenalkan sejak Januari 2023, kini ia memberi nilai tambah pada hasil operasi dengan mencatatkan jumlah RM2.02 bilion.

Melihat pada pertumbuhan tersebut, Alliance pada sidang AGM minggu menjelaskan pihaknya mengorak langkah dengan meluaskan kehadiran pasarannya di koridor pertumbuhan ekonomi seperti Pulau Pinang dan Sarawak, seterusnya memacu lonjakan deposit tahun ke tahun sebanyak 48% dan pertumbuhan pinjaman sebanyak 18% bagi prestasi tahun 2024 ini. 

Menjelang potensi tahun 2025 pula, operasi turut berkongsikan ingin memberi tumpuan pertumbuhan pada pasaran di negeri Johor dan pengukuhan di pasaran Sabah.

Tidak hanya itu, perluasan akses buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga akan diperkasakan dengan menambahkan saluran perolehan serta meningkatkan kecekapan pembiayaan. Adanya pengukuhan infrastruktur sedemikian ia turut akan menyokong kecekapan akses lain seperti sokongan ekonomi digital dan penyelesaian hijau bersama peniaga tempatan.

Selain pencapaian yang membrangsangkan pada aliran konvensional, perniagaan perbankan Islam juga memaparkan pertumbuhan dengan lonjakan 11% pada tahun ini. Prestasi ini didorong hasil akses takaful, Halal in One dan program pembiayaan sosial Islam bersama pengguna.

Menerusi perolehan itu, Alliance optimis untuk meneroka lebih banyak akses pembiayaan Islam bersama pengguna dan pelanggan peniaga mereka pada pasaran di masa hadapan.

Buat pengetahuan umum, dengan status semasa ini didapati portfolio Alliance telah berkembang kepada RM12.6 bilion sejak 2 tahun lalu. Ini sekaligus menghampiri sasaran Alliance untuk mencapai RM15 bilion menjelang tahun 2027 kelak. Setakat ini sahaja sejumlah RM420 juta pembiayaan mampan telah disediakan kepada pemain PKS dan syarikat di seluruh Malaysia.