Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini mengumumkan akan melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 sehingga 30 September kelak.
Buat pengetahuan umum, kempen tersebut seharusnya berakhir pada hari ini (31 Julai) kini dilanjutkan bagi memberi lebih banyak peluang dan ruang kepada peminjam PTPTN untuk meraih manfaat tersebut.
Menerusi kempen ini ia sekaligus akan memberi sokongan kepada para peminjam yang miliki tunggakan untuk menyelesaikannya dengan bayaran awal serendah RM300 sahaja.
Dengan langkah penstrukturan, ia secara langsung memperbaiki rekod kredit para peminjam. Dibawah kempen ini, ansuran bulanan akan ditetapkan berdasarkan anggaran 5% ke 8% daripada jumlah pendapatan. Malah peminjam juga akan diwajibkan untuk laksana potongan gaji, atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik.
