99 Speed Mart Retail Holdings, antara penyedia runcit terbesar di negara kini akan laksana penyenaraian di Bursa Malaysia bermula suku ketiga ini.
Menurut draf prospektus, difahamkan hasil IPO ini akan digunakan untuk perkembangan operasi 99 Speedmart di pasaran negara serta meluaskan pusat pengedaran dan penambahan trak penghantaran.
Aturan IPO beranggaran RM2.36 bilion ini juga secara langsung dimaklumkan akan menjadi yang terbesar di pasaran tempatan bagi tempoh 7 tahun. Selain pasaran tempatan, tawaran tersebut turut akan menjadi IPO terbesar di Asia Tenggara dalam masa setahun sejak penyenaraian Amman Mineral Internasional yang dilaksanakan di Indonesia pada Julai 2023.
Secara menyeluruh, kini jenama peruncitan tersebut miliki lebih 2,600 cawangan diseluruh pasaran negara dan berpotensi dikembangkan menerusi agenda IPO ini.