Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini berkongsikan data, menjelaskan anggaran jumlah penduduk di negara ini semakin meningkat – sekitar 34.1 juta individu. Angka itu secara jelas menunjukkan terdapatnya lonjakan 1.9% pertumbuhan penduduk negara berbanding data Mei lalui dengan anggaran 34 juta penduduk.
Mengikut perincian taburan demografi ini, seramai 30.7 juta (90%) adalah warganegara diikuti 3.4 juta (10%) pula kalangan bukan-warganegara.

Berdasarkan jumlah tersebut didapati penduduk lelaki terus mendominasi angka penduduk negara dengan meningkat kepada 17.9 juta (52.5%), disusuli 16.2 juta penduduk wanita (47.5%). Angka ini bagaimanapun terus mengekalkan nisbah jantina di Malaysia iaitu 111:100 (lelaki:perempuan).
Manakala taburan berlandaskan etnik pula memperlihatkan Bumiputera dengan 70.4%, diikuti Cina (22.4%), India (6.5%) dan Lain-lain (0.7%).
Secara menyeluruh, susulan peningkatan jumlah penduduk Malaysia ini – DOSM turut dapati terdapat 5 negeri miliki peadatan penduduk tertinggi dengan WP Kuala Lumpur (8,518 per km), Putrajaya (2,440 per km), Pulau Pinang (1,746 per km), Labuan (1,100 per km) dan Selangor (927 per km).
