Bermula Ogos ini, di bawah inisiatif Malaysia@Heart atau MyHeart yang berperanan memudahkan diaspora kembali ke Malaysia – kelak akan memperkenalkan MyHeart Innovate, iaitu program selama 3 bulan yang membuka peluang rakyat di luar negara yang berhasrat tubuhkan startup di pasaran Malaysia.
Aturan ini menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan memperlihatkan kerjasama antara Cradle dan BEYOND4 – bagi menyediakan laluan berstruktur buat bakal usahawan tempatan dalam mengembangkan potensi serta kemahiran berkaitan syarikat pemula.
Ini termasuklah memberi akses info pasaran, akses bersama mentor, pakar industri dan peluang pembiayaan yang berpotensi.
Selain penawaran ini buat rakyat Malaysia di luar negara – inisiatif yang sama turut disediakan buat rakyat di dalam Malaysia iaitu MyNext Innovate. Kedua-dua versi ini akan dilaksanakan bermula Ogos 2024 kelak.
Adanya usaha sedemikian, KESUMA optimis ini akan membantu negara melandaikan isu kehilangan bakat tenaga kerja secara berkala.