Rentetan terdapat jenama ais krim yang memaparkan edisi penjualannya menggunakan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) baru-baru ini – Kementerian Kesihatan (KKM) kini memaklumkan pihak yang terlibat berupaya didenda sehingga RM20,000 serta dipenjara selama 5 tahun.
Ini kerana jenama Pei Pa Koa adalah produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah KKM, di bawah kategori Tradisional – dengan nombor pendaftaran MAL06061564T yang digunakan untuk melegakan sakit tekak dan batuk yang mana kontraindikasi bagi wanita hamil seperti yang dinyatakan pada label.
Semua pihak perlu fahami di bawah Seksyen 13B (2), Akta Makanan 1983 telah memperincikan produk yang terlibat tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan.
Sehubungan itu, diharap semua premis perniagaan patuh akan sebarang penjualan produk melibatkan ko laborassi di masa hadapan. Perihal itu menurut KKM demi menjaga kesejahteraan kesihatan semua pihak di Malaysia.