Artikel

Kelantan, Perlis Dan Sabah – Jadi 3 Negeri Catat Purata Gaji Terendah Di Malaysia

Kuala Lumpur terus menjadi antara lokasi yang menyajikan purata gaji tertinggi sekitar RM4,196 pada pasaran negara menurut tinjauan Banci Ekonomi 2023.

Selain KL, Selangor turut memperlihatkan penawaran purata gaji yang tinggi iaitu RM3,563 diikuti Pualu Pinang RM3,496.

Paras tertinggi ini mengikut Jabatan Perangkaan (DOSM) didasari akan landskap sektor ekonomi yang tersedia di wilayah negara. Misalnya KL yang tidak sekadar ibu kota negara tetapi turut menjadi lokasi tumpuan khususnya dalam segmen perkhidmatan yang berupaya menawarkan sehingaa RM9,457 purata gaji sebulan.

Sementara itu, Kelantan pula didapati terus menjadi negeri yang menawarkan purata gaji paling rendah berbanding yang lain – dengan RM2,070, disusuli Perlis (RM2,253) dan Sabah RM2,381.

Secara menyeluruh jumlah dan upah yang dibayar negara telah memaparkan lonjakan sekitar 5.4% setiap tahun dengan jumlah RM354.9 bilion pada tahun 2022. Peningkatan ini disumbang antara pada sektor perkhidmatan (6.5%) dan pembuatan (5.8%).