Artikel

McDonald’s Melaporkan Jualan Di Seluruh Dunia Jatuh Mendadak

Kesan tekanan kos semasa secara langsung telah mengubah cara pengguna berbelanja. Situasi ini yang sedang didepani McDonald’s apabila jualannya di seluruh dunianya telah jatuh mendadak berikutan pengguna lebih memilih berjimat berbanding berbelanja pada menu di restoran makanan segera mereka.

Menurut laporan Reuters. penyusutan jualan itu berlaku kesan penurunan pengguna kalangan kumpulan berpendapatan rendah dicatatkan lebih ketara berbanding sebelum ini.

Berdasarkan penurunan itu, didapati jualan global McDonald’s telah jatuh 1% pada suku kedua 2024, ia lebih tinggi berbanding jangkaan awal perkembangan prestasi sekitar 0.5%.

Tambahan krisis di Timur Tengah turut meningkatkan lagi risiko kerugian mereka pada pasaran semasa. Kerugian tersebut turut berlaku pada prestasi saham mereka apabila menurun 15% pada tahun ini.

Meskipun telah rugi, McDonald’s kekal optimis mengekalkan anggaran perbelanjaan modal sekitar $2.7 bilion – di mana separuh dari peruntukan adalah untuk pembukaan cawangan baharu di pasaran antarabangsa.