Tabiat pengguna negara yang kini dilihat ke arah mengamalkan budaya kafe kopi dilihat telah merancakkan permintaan industri kopi negara. Berikutan pembudayaan itu, kini didapati Kuala Lumpur dan Selangor telah menjadi lokasi pilihan pemain industri pada penawaran kopi di Malaysia.
Pengamatan data di bawah Banci Ekonomi 2023 ini memperincikan pemain pasaran industri kopi telah meningkat kepada 5,021 dengan nilai ditambah naik 5.5% mencapai RM1.9 bilion.
Berdasarkan percambahan itu, KL telah menjadi penyumbang nilai output tertinggi dalam industri kedai kopi iaitu RM1.6 bilion, disusuli Selangor RM1 bilion.
Bagaimanapun berlandaskan rekod bilangan, jelas Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan penawaran 1,311 kedai kopi. Lonjakan permintaan ini jelas dipengaruhi pilihan pengguna dalam keperluan produk semasa. Pemahaman mendalam pada sentimen pengguna ini penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal meningkat.
Selain budaya pengamalan minuman kopi, permintaan melibatkan inap desa juga dilihat semakin rancak. Susulan menjadi pilihan alternatif pengguna ketika melancong di negara. Industri ini dilihat telah memaparkan pertumbuhan 79.3% dalam tempoh 7 tahun dalam pasaran negara.