Selaras dengan matlamat yang dizahir pada pembentangan Belanjawan 2024 lalu, kini Khazanah Nasional telah menyelesaikan pengambilalihan Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP) dan Penjana Kapital.
Peralihan ini sekaligus memperkukuhkan lagi ekosistem modal teroka (VC) Malaysia dan turut menambahbaik institusi awam negara.
Ia secara langsung akan meningkatkan peranan dalam pemusatan sumber kerajaan dan koordinasi dana dalam pasaran VC kalangan startup negara.
Menerusi aturan ini ia secara rasminya menjadikan MAVCAP dan Penjana Kapital selaku anak syarikat Khaznaah sepenuhnya. Pada kebersamaan itu, langkah ini akan meningkatkan lagi visi negara akan penyediaan sumber buat startup negara antaranya melibatkan penubuhan National Fund of Funds bersama peruntukan awal RM1 bilion, yang disasar selesai Oktober ini.