Artikel

E.SUN, Bank Taiwan Kini Buka Pejabat Perwakilan Pertama Di Malaysia

Dalam usaha mengukuhkan komitmen institusi kewangan di rantau Asean – E.SUN Bank, jenama perbankan Taiwan kini meluaskan jejak operasi mereka dengan membuka pejabat perwakilan pertama di pasaran Malaysia.

Menerusi kemasukan di Malaysia ini secara langsung hampir melengkapkan kehadiran mereka pada pasaran Asia Tenggara. Selain Malaysia, E.SUN turut tersedia di Singapura, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Thailand.

Buat pengetahuan umum, pejabat perwakilan E.SUN ketika tidak menyediakan perniagaan perbankan berikutan masih terdapat peraturan yang perlu dilengkapi pada pasaran tempatan. Ketika ini pejabat perwakilan tersebut akan bertindak selaku khidmat bantuan bersama pelanggan dan aturan pengumpulan maklumat pasaran semasa.

Biarpun penawaran perniagaan bank masih tidak direalisasikan, E.SUN optimis untuk meluaskan operasi perbankan di pasaran Malaysia secara berkala kelak.

Perluasan ini sekaligus turut mengukuhkan lagi kepentingan Malaysia dan Taiwan dalam struktur kewangan dan berpotensi teroka perkongsian ekonomi yang lebih meluas di masa hadapan. Secara menyeluruh selain Kuala Lumpur, E.SUN Bank kini miliki 32 cawangan di 11 buah negara.