Artikel

LRT3 Laluan Shah Alam Dijangka Mula Operasi – Seawal Ogos 2025

Rakyat negara dijangka akan mula menikmati operasi LRT laluan Shah Alam (LRT 3) menjelang Ogos mahupun September 2025 ini. Kelewatan operasi ini untuk makluman berikutan terdapatnya pertambahan kos pada kebolehcapaian laluan.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) akses ini mengikut penjadualan awal boleh dinikmati pada Mac 2025 akan tetapi disebabkan pertambahan kemudahan, ia telah membawa kepada penangguhan. Ia meliputi tugasan mengintegrasi sistem, pengubahsuaian sistem, ketersediaan bas elektrik dan pembangunan depoh bas.

Secara menyeluruh, LRT3 ini telah mencapai status kemajuan sekitar 95.6% di mana hampir semua tugas fizikal telah disiapkan sementara 4% lagi melibatkan penyelesaian di beberapa stesen terlibat. Sekiranya akses pengangkutan ini telah berjaya direalisasikan – ini akan membuka lebih banyak peluang ekonomi antara wilayah dan menggalakkan lebih ramai penduduk menggunakan pengangkutan awam.