Artikel

Mahkamah Tinggi Ketepikan Penghakiman RM700,000 Ke Atas Luno

Penghakiman berjumlah RM700,000 dikenakan ke atas Luno berikutan tuntutan kecuaian melibatkan seorang pelaburnya pada tahun 2021 – kini dimaklumkan telah diketepikan oleh Mahkamah Tinggi.

Keputusan ini mengikut notis rasmi Luno telah didasari dengan beberapa aspek setelah pihak Luno merayu terhadap penghakiman tersebut.

Selaku bursa aset digital negara – Luno telah menyediakan pelbagai ciri keselamatan untuk melindungi akses kumpulan pelabur mereka. Berdasarkan semakan lanjut, adalah tanggungjawab pengguna untuk mengekalkan keselamatan data mereka melibatkan akses akaun emel, peranti pintar dan pemilihan kata laluan.

Maka menerusi keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini ia secara langsung telah mengenepikan keputusan sebelum ini. Denda tersebut merangkumi RM598,000 melibatkan kerugian serta pampasan RM100,000 sebagai kesan kecuaian tersebut.

Luno memaklumkan pihaknya akan terus mendidik para pengguna untuk terus menangani isu penipuan kewangan dan melipatgandakan kesedaran berhubung pengurusan data peribadi.