Artikel

Kos Barang Peringkat Pengeluar Naik 1.6% – DOSM

Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) Pengeluaran Tempatan yang bertindak selaku penanda aras pada perubahan kos barangan di peringkat pengeluar  di pintu kilang kini memaparkan peningkatan 1.6% pada Jun 2024 – berbanding 1.4% pada Mei lalu.

Prestasi ini menurut data Jabatan Perangkaan (DOSM) memaparkan semua sektr di peringkat pengeluar berdepan peningkatan sejak Mac 2024 lalu. Bagi Jun ini, jelas menunjukkan sektor perlombongan naik 4.6%, disusuli sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 3.4%. Selain dua sektor ini, sektor utiliti, indeks bekalan air telah memaparkan peningkatan ketara sekitar 7.8%.

Sementara indeks harga melibatkan peringkat pemprosesan pula, untuk bahan mentah seperti telur, ayam, daging secara tahunan telah meningkat 2.6%, diikuti bahan perantaraan & bekalan naik 0.7% dan peringkat bahan siap pula naik 2.8%.

Manakala berlandaskan taburan kenaikan kos pengeluar mengikut taburan negara pula – Malaysia kekal lebih rendah berbanding beberapa negara terpilih seperti Indonesia naik 3.4%, dan Jepun 2.9%.