Selari dengan matlamat negara untuk meningkatkan tahap keselamatan digital tidak hanya ke atas institusi kewangan namun secara menyeluruh perkhidmatan di pasaran, pentadbiran Malaysia memaklumkan satu perundangan baharu melibatkan penguatkuasaan Kill Switch (suis pemati) secara terperinci akan dibentangkan pada Parlimen – Oktober kelak.
Langkah itu menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) akan menjelaskan tanggungjawab ke atas penyedia perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet pada akses keselamatan digital mereka bersama pengguna.
Ia tidak sekadar meningkatkan tahap sekuriti bahkan turut membendung semua pihak atasi jenayah penipuan siber, gangguan mahupun menghindari sebarang penyebaran maklumat berkaitan data peribadi pengguna.
Buat pengetahuan umum, setakat ini mengikut notis lisan Parlimen – pengenalan Kill Switch di bawah keperluan institusi kewangan negara telah berjaya mengurangkan lebih 40% kes transaksi perbankan atas talian yang tidak dibenarkan pada pasaran. Menerusi ciri keselamatan tersebut ia dijangka berupaya meningkatkan lagi sokongan digital ke atas penyedia perkhidmatan yang lain.