Artikel

Feri Ikonik Pulau Pinang Mungkin Dilupuskan

Pulau Pinang mungkin akan melupuskan 6 feri ikonik di negeri tersebut – sekiranya tiada pihak yang ingin mengambilalih atau mengubah suai struktur feri tersebut.

Pilihan tersebut menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow didasari berlandaskan struktur feri semakin usang dan kian mereput, menyebabkan ia tidak lagi digunakan bagi tujuan pengangkutan. Keadaan itu secara langsung tidak membolehkan aset sedemikian terus disimpan pentadbiran.

Buat pengetahuan umum, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sebelum ini telahpun membuka tender Permintaan Untuk Cadangan bagi mengubahsuai kegunaan feri namun masih tiada pihak menyatakan minat untuk kerjasama tersebut. Semua pihak perlu sedari sebarang aturan pemulihan akan melibatkan tanggungan kos yang lebih tinggi.

Setakat ini terdapat 2 feri ikonik yang berpotensi diselamatkan bersama sokongan syarikat pemaju Ideal Property – antaranya menjadikan ia sebagai muzium feri.

Secara menyeluruh khidmat feri ikonik Pulau Pinang telahpun ditamatkan pada 2020 setelah beroperasi lebih 126 tahun dengan menggantikan ia bersama khidmat bot laju kepada para penumpang.