Amanah Saham Bumiputera (ASB) kini tidak lagi pemegang saham utama dalam Telekom Malaysia (TM) – berikutan tindakannya menjual 6.82 juta saham syarikat telekomunikasi tersebut pada minggu lalu.
Susulan aturan itu, ASB dimaklumkan memperolehi lebih RM47.2 juta hasil daripada pelupusan saham itu dan kini secaras rasminya memiliki sekitar 189 juta saham (4.92%) dalam TM.
Jumlah peratusan di bawah ambang 5% ini sekaligus memperlihatkan ASB tidak lagi memegang status pemegang saham utama.
Berdasarkan kedudukan kepentingan, disenaraikan Khazanah Nasional kekal selaku pemegang saham terbesar TM dengan 20.1% kepentingan, diikuti KWSP dengan 17.39%.