Bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan dengan lancar, kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan bagi semua transaksi.
Ini meliputi transaksi seperti membenarkan apa-apa diskripsi transaksi dimasukkan di medan “Keterangan Produk atau Perkhidmatan”, dan hanya mengeluarkan e-Invois yang disatukan tanpa mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi.
Ini bermakna dalam tempoh tersebut tiada tindakan pendakwaan di bawah seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 terhadap ketidakpatuhan peraturan e-Invois akan dikenakan. Pembayar cukai hanya perlu garis panduan yang dibenarkan sahaja.
Menerusi aturan ini, ia memberi ruang kepada pembayar cukai yang terlibat untuk mematuhi keperluan perundangan e-Invois yang memerlukan tempoh masa mencukupi, terutamanya melibatkan industri yang mempunyai persekitaran perniagaan yang mencabar dan kompleks.
Input tambahan LHDN turut memaklumkan akan memberi pengurangan tempoh tuntutan elaun modal daripada 3 tahun kepada 2 tahun bagi pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer kepada pembayar cukai yang laksana aturan e-Invois mengikut garis masa tanpa menggunakan kelonggaran 6 bulan tersebut.

Pelaksanaan itu akan dikuat kuasakan mulai Tahun Taksiran (TT) 2024 hingga TT 2025.