Artikel

Tiada Cuti Gantian – Susulan Pertindihan Cuti Hari Malaysia, Maulidur Rasul Pada 16 Sept Ini

Berikutan terdapatnya pertindihan tarikh melibatkan Hari Malaysia dan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad (Maulidur Rasul) pada 16 September kelak – kerajaan kini secara rasminya mengumumkan tiada cuti gantian pada 17 September 2024. 

Notis ini dimaklumkan daripada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di mana memperincikan aturan itu tertakluk di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] tidak memperuntukkan cuti gantian automatik apabila dua cuti umum bertepatan pada hari bekerja.

Maka tiada cuti umum gantian akan dilaksanakan pada 17 September 2024 ini. 

Biarpun begitu, sekiranya perlu – kerajaan masih memiliki kuasa untuk menetapkan suatu hari lain bagi diterima sebagai hari kelepasan am.