Artikel

Nestlé Malaysia Dijangka Kekalkan Harga, Atasi Kesan Kos Ke Atas Pengguna

Menyedari pelarasan kos semasa kini menghimpit perbelanjaan pengguna negara, Nestlé Malaysia dijangka mengekalkan harga produk mereka untuk menstabilkan perolehan mereka pada permintaan semasa.

Jangkaan ini untuk makluman seiring dengan syarikat induk Nestle di Switzerland yang telahpun menurunkan sasaran pertumbuhan jualan mereka kepada 3% berbanding 4% pada tahun ini.

Tindakan itu menurut firma penyelidikan Kenanga Investment Bank secara langsung akan memperlahankan agenda kenaikan harga produk dan ini akan mengurangkan tekanan kos perbelanjaan ke atas pengguna.

Secara menyeluruh, Nestlé Malaysia disasar berdepan cabaran prestasi pada suku ketiga 2024 dan hanya akan meraih peningkatan pertumbuhan sekitar separuh pertama 2025 kelak.

Setakat suku kedua 2024 ini, Nestlé Malaysia telah meraih untung bersih yang lebih rendah iaitu kepada RM93.6 juta berbanding RM180.92 juta pada tempoh yang sama pada 2022. Situasi ini susulan tabiat berberlanja pengguna kini lebih berhati-hati akan tekanan kos semasa.