Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negara kini memperlihatkan lonjakan prestasi apabila setakat 2023 telah menyumbang 39.1% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan jumlah RM613.1 bilion.
Prestasi ini menurut pemantauan berkala telah didorong hasil sokongan pertumbuhan negara pada pasaran global, diikuti aktiviti pelancongan yang kian rancak turut membantu PMKS membentuk pulangan yang lebih baik terutamanya kalangan sektor Perkhidmatan, runcit, makanan, minuman, pengangkutan dan penginapan.
Berdasarkan survei yang dilaksana Jabatan Perangkaan (DOSM), tahun lalu memperlihatkan jumlah perbelanjaan pelancong domestik meningkat 32.5% disusuli ketibaan pelancong asing turut meningkat dua kali ganda pada tempoh yang sama. Persekitaran itu secara jelas membantu prestasi perniagaan di negara.
Adanya sokongan berterusan ini secara langsung akan merealisasikan matlamat negara untuk melihat PMKS menyumbang 41% kepada KDNK negara menjelang 2025 kelak.
Berikutan peningkatan ini, ia secara jelas membuka peluang tenaga kerja – dengan seramai 7.86 juta pekerja di bawah PMKS turut dicatatkan pada tahun lalu. Jumlah ini untuk makluman mewakili 48.5% daripada keseluruhan guna tenaga di Malaysia.

Melihat pada perkembangan PMKS sekitar 5% pada pertumbuhan negara tahun lalu – para peniaga kecil yang ingin meningkatkan lagi potensi perniagaan anda menjadi lebih lancar kini boleh melanggan pakej U Biz Bundle untuk internet perniagaan anda dengan 5 talian pada RM50 setiap satu, iaitu separuh harga daripada U Business.
Menerusi akses ini, peniaga berpeluang meraih internet berkelajuan tinggi sehingga 1,000GB dengan UltraHotspot 5G dan perayauan percuma di 63 destinasi. Di mana ia sesuai untuk perniagaan yang memerlukan kuota tinggi, dengan proses muat turun dan muat naik yang stabil.
Tidak hanya itu peniaga turut berpeluang perolehi dua telefon pintar 5G percuma dan tambah RM50 sebulan untuk jalur lebar perniagaan 5G Office dengan penghala Wifi 6 5G, tanpa bayaran pendahuluan atau pemasangan rumit. Sesuai untuk perniagaan seperti kedai pop-up atau trak makanan. Layari laman rasmi U Business untuk maklumat lanjut.
