Artikel

31.2% Pekerja Formal Di Malaysia, Terima Gaji Bawah RM2,000 – DOSM

Aktiviti ekonomi negara dilihat kekal stabil apabila menunjukkan peningkatan pada pelarasan gaji penengah 9.4% kepada RM2,844 untuk Mac 2024.

Prestasi ini menurut Jabatan Perangkaan (DOSM) didasari akan landskap pasaran buruh yang lebih baik seiring dengan perkembangan ekonomi bagi 3 bulan pertama 2024.

Data statistik upah turut dapati jumlah pekerja tempatan dalam sektor formal juga kian meningkat 1.5% sebanyak 97,300 pekerja pada bulan Mac. Berlandaskan taburan jantina, pekerja lelaki kekal menyumbang selaku kumpulan pekerja tinggi dengan 55.3% pewakilan (3.62 juta) bersama gaji penengah RM2,900 – diikuti wanita dengan 44.7% (2.92 juta) bersama kadar gaji penengah RM2,800.

Secara menyeluruh sekitar 31.2% pekerja formal di negara kekal menerima gaji bawah RM2,000 setakat Mac 2024 lalu. Namun prestasi ini dilihat lebih baik berbanding Mac 2023 yang memperlihat sejumlah 34.8% pekerja formal menerima gaji bawah RM2,000.

Secara menyeluruh terdapat 6.5 juta pekerja formal direkodkan negara setakat Mac lalu.