Artikel

142,510 Individu Di Malaysia Kini Diisytihar Bebas Muflis 

Bertepatan dengan matlamat di bawah Dasar Peluang Kedua yang dilancarkan negara pada 2023 lalu – sehingga kini sejumlah 145,510 individu di negara telah diisytiharkan bebas status muflis. Angka ini untuk makluman telah melepasi sasaran 130,000 yang ditetapkan pentadbiran negara pada Belanjawan 2024.

Dasar ini secara langsung telah membuka semula peluang dan ruang kepada kumpulan berkaitan untuk kembali menyumbang kepada ekonomi negara.

Meskipun telah diberi pelepasan status – Jabatan Insolvensi memaklumkan proses pemantauan susulan akan dilaksanakan, bagi memastikan kumpulan terlibat kekal memiliki kestabilan kewangan untuk kehidupan baharu mereka.

Secara menyeluruh isu bankrap ini mengikut data insolvensi didapati ramai pihak mengambil pinjaman peribadi untuk menampung tekanan kos semasa mereka. Kegagalan pengurusan wang baik secara langsung telah menyebabkan kumpulan ini terjerumus dalam status muflis.

Melihat pada situasi itu, perluasan literasi kewangan perlu dipergiatkan – untuk menjamin setiap peringkat masyarakat meraih tahap pemahaman yang baik akan kepentingan pengurusan wang demi kesejahteraan masa hadapan mereka.