Artikel

AEON Laksana Perjanjian Kolektif – Tambah Baik Faedah, Gaji Kepada Pekerja

AEON Co kini telah mencapai kesepakatan Perjanjian Kolektif Pertama dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON di Malaysia. Aturan ini sekaligus mengukuhkan lagi akses kebajikan ke atas lebih 10,000 pekerja di bawah syarikat peruncitan dan pasaraya Jepun itu.

Bersama sokongan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), usaha ini dilihat akan meningkatkan manfaat semua peringkat pekerja AEON merangkumi faedah insurans, tuntutan cuti, bonus, pelarasan gaji, kadar minimum kenaikan gaji tahunan serta cuti keagamaan buat pekerja yang telah berkhidmat selama 15 tahun ke atas.

Menerusi kesepakatan itu, perjanjian ini difahamkan akan termaktub untuk tempoh 2024 hingga 2026 bersama perbincangan majikan dan pekerja. Adanya inisiatif ini ia dijangka meningkatkan lagi produktiviti operasi dan menjamin hak setiap petugas di AEON.