Dalam memastikan sistem temapahan penerbangan dan pemprosesan terus berjalan lancar, AirAsia memaklumkan akan menaik taraf sistem mereka bermula jam 5 petang pada 7 Ogos sehingga jam 3 pagi 8 Ogos 2024 ini.
Proses penyelenggaran yang memakan masa 10 jam ini secara langsung akan mengugat akses pengguna pada pengurusan penerbangan mereka. Maka untuk mengelakkan sebarang isu berbangkit, AirAsia menasihatkan para penumpang untuk ikuti beberapa langkah.
Antaranya penumpang dinasihati untuk mendaftar masuk kendiri (self check-in) 14 hari lebih awal menerusi aplikasi AirAsia MOVE sebelum waktu pelepasan yang dijadualkan. Saranan ini turut terpakai ke atas temapahan secara berkumpulan. Selain itu, pada tempoh itu, penumpang dinasihati untuk tiba lebih awal sekurangnya 3 jam sebelum waktu perlepasan.
Malah para penumpang juga perlu memuat turun pas masuk elektronik dari aplikasi AirAsia MOVE dan simpan secara digital di telefon pintar anda. Tindakan ini tidak memerlukan pengguna untuk mencetak semula pas masuk fizikal di lapangan terbang kelak.
Adanya langkah sedemikian ini secara langsung akan melancarkan perjalanan para penumpang meskipun ketika itu sistem tidak tersedia. Sebarang maklumat lanjut, semua pihak boleh layari pautan rasmi AirAsia untuk rujukan terperinci.