Biarpun dunia berdepan tekanan kos dan cabaran ekonomi semasa, situasi ini secara amnya dilihat tidak mengugat kedudukan kumpulan orang kaya. Perkara ini dapat diperlihat apabila 1% orang terkaya di dunia turut meningkatkan nilai harta mereka dengan merekodkan nilai harta mencecah $42 trilion sejak 10 tahun lalu.
Tahukah anda menurut tinjauan Oxfam, badan amal antarabangsa ini – jumlah kekayaan tersebut berupaya membina sekitar 28,000 bangunan Burj Khalifa yang menelan perbelanjaan RM6.9 bilion.
Lebih membimbangkan cukai yang dikenakan kepada kumpulan ini dilihat antara yang terkecil iaitu kurang 0.5% cukai daripada kekayaan yang terkumpul – disebabkan ketidakseimbangan ini, Brazil akan mengusulkan pengenaan cukai lebih tinggi ke atas kumpulan ini pada Sidang Presiden G20 yang berlangsung minggu ini.
Menerusi persidangan tersebut ini akan memperlihatkan penyertaan negara kumpulan 20 utama di pasaran dunia. Di mana kumpulan ini merangkumi 80% Keluaran Dalam Negara Kasar dunia.
Selain peruntukan cukai yang lebih tinggi, isu jejak pelepasan karbon. Buat pengetahuan umum sekitar 77 juta orang kaya didapati bertanggungjawan akan penghasilan 16% pencemaran karbon di persekitaran dunia. Dan jumlah pencemaran ini dilaksanakan oleh 1% orang terkaya, ia lebih tinggi berbanding pencemaran karbon yang dilaksanakan 66% penduduk miskin dunia.