Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini memaklumkan bermula 29 Julai ini, permohonan untuk MyKid akan dibuka semula pada seluruh cawangannya di negara.
Seperti yang umum ketahui sebelum ini telah berlakunya tunggakan penghasilan MyKid susulan berdepan kekurangan bekalan cip. Namun kini isu tersebut berjaya diatasi dan membolehkan permohonan baharu dilaksanakan buat kumpulan ibubapa.
Selain permohonan baharu, bagi kumpulan ibubapa yang telahpun laksana permohonan sebelum ini dan terpaksan menanti berikutan penangguhan sebelum ini – disarankan untuk melampirkan resit permohonan bagi pengesahan di laman portal JPN-MyKid. Setelah itu MyKid boleh diambol pada pejabat JPN yang berkaitan.
Jelas JPN, tempoh semakan permohonan terdahulu ini adalah sekitar 3 bulan bermula 29 Julai kelak sehingga 31 Oktober depan. Sekiranya dalam tempoh tersebut tiada sebarang tindakan pengesahan dilaksanakan maka ibubapa perlu laksana permohonan baharu.
Buat pengetahuan perolehan MyKid telah alami tunggakan sejumlah 136,238 permohonan di mana 135,459 MyKid adalah untuk tahun 2023 dan 779 pula bagi permohonan 2024 setakat Mac lalu.