Dewan Negara kini telah meluluskan Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 yang meminda Akta Audit 1957 (Akta 62) – sekaligus membolehkan Jabatan Audit Negara (JAN) miliki peranan mengaudit mana-mana akaun syarikat yang mendapat jaminan kewangan daripada kerajaan Persekutuan serta sesebuah negeri.
Selain peranan itu, klausa tersebut turut memberi peranan kepada JAN mengaudit mana-mana entiti, termasuklah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 yang menerima dana awam.
Selanjutnya, JAN turut meraih peruntukan baharu antaranya pengauditan melalui pendekatan Follow The Public Money Audit, boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan yang perlu serta suai manfaat dalam menjalankan peruntukan Akta 62, laksana syor tanagani isu ketakteraturan dalam pengakaunan serta penjagaan wang awam dan laksana susulan audit berikutan syor yang dijalankan pada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Menerusi perluasan peranan dan kuasa JAN ini ia secara langsung meningkatkan lagi kualiti pengauditan dan tahap ketelusan data demi kepentingan awam.