Firma insurans global, Parametrix kini menganggar sejumlah $5.4 bilion kerugian yang perlu didepani kumpulan syarikat Fortune 500 di Amerika Syarikat (AS) akibat gangguan CrowdStrike. Buat pengetahuan umum, anggaran ini tidak termasuk kesannya ke atas Microsoft.
Isu gangguan berlaku rentetan terdapat komplikasi pada aturan kemas-kini yang dilaksanakan perisian keselamatan CrowdStrike menyebabkan peranti yang dikuasakan sistem Windows Microsoft berdepan permasalahan dan situasi tersebuat mengakibatkan berlakunya gangguan pada rantaian operasi di seluruh dunia.
Antaranya yang terkesan melibatkan operasi firma penerbangan, perbankan, dan kesihatan.
Berdasarkan isu tersebut, dimaklumkan jumlah kerugian yang diinsuranskan adalah sekitar $540 juta hingga $1.08 bilion untuk kumpulan syarikat tersebut.
Fortune 500 merujuk kepada senaraian syarikat tahunan yang meraih kedudukan dan pencapaian selaku 500 syarikat tersenarai awam yang terbesar di AS. Kedudukan ini ditentukan berdasar prestasi pendapatan kasar.