Artikel

Firma Audit Kini Diseru Kekalkan Kualiti Audit Tinggi – Untuk Entiti Kepentingan Awam

Kumpulan firma audit kini diseru mempergiatkan usaha mereka dalam mencapai prestasi yang konsisten pada tugasan audit entiti kepentingan awam (PIE).

Saranan Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti (SC) ini dikongsikan setelah pengeluaran Laporan Pemeriksaan Tahunan 2023 diterbitkan – berikutan pemantauan AOB ke atas juruaudit PIE.

Buat pengetahuan umum pemeriksaan AOB melibatkan penilaian ke atas 50 rakan kongsi, 50 tugasan audit merentasi 15 firma audit termasuklah 9 firma audit utama. Di mana 9 firma ini secara menyeluruh mengaudit 78%  daripada syarikat tersenarai awam (PLC) iaitu 95% daripada jumlah permodalan pasaran PLC di pasaran Malaysia.

Maka hasil pemeriksanaan tersebut mendapati hanya sedikit peningkatan prestasi juruaudit dicapai pada tahun 2023 – antaranya melibatkan aturan langkah pemulihan yang lebih khusus dan penurunan peratusan melibatkan tugasan yang disalurkan untuk penguatkuasaan.

Susulan itu, untuk memastikan kualiti audit ini kekal terjamin, AOB menyasarkan penambahbaikan dilaksana pada ekosistem firma audit negara bersama pihak berkepentingan utama. Di mana saranan ini tidak sekadar mematahkan keraguan ke atas firma audit bahkan turut membantu negara meningkatkan skor ketelusan dengan lebih baik pada aspek pentadbiran dan penguatkuasaan di masa hadapan.