Memahami agenda untuk menangani isu keciciran dalam pendidikan negara – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini masih meneliti cadangan berhubungkan wajibkan pendidikan 11 tahun ke atas pelajar negara. Ini membabitkan keperluan pelajar bermula dari sekolah rendah sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ketika ini, aturan itu masih tiada keputusan muktamad berhubung pelaksanaannya.
Tumpuan utama ketika ini, adalah keperluan pendidikan wajib 9 tahun melibatkan sekolah rendah sehingga Tingkatan 3 dan selanjutnya akan diperluaskan kepada kewajipan pendidikan ke Tingkatan 5.
Buat pengetahuan umum setakat ini Malaysia melaksanakan pendidikan wajib 6 tahun – iaitu pada peringkat sekolah rendah sahaja.
Menerusi cadangan mewajibkan pendidikan 11 tahun sehingga SPM kelak ia dilihat berupaya memacu sektor pendidikan negara dengan lebih mendalam pada keperluan ekonomi dan sosial. Meskipun begitu pelbagai faktor perlu didasari pihak pendidikan negara – ia tidak sekadar cabaran pelajar luar bandar bahkan melibatkan tekanan kos semasa yang harus diimbangi bersama sokongan bantuan yang lebih komprehensif.