Artikel

AirAsia Rancang Perkenal AirAsia+, Tawar Caj Yang Berbeza – Bagi Penerbangan Dari Subang

AirAsia kini secara rasminya telah laksana pengembangan operasinya pada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) buat kemudahan pengguna. Adanya kehadiran AirAsia di Lapangan Terbang Subang ia sekaligus memberi penjimatan masa kepada para pengguna tempatan khususnya buat perjalanan korporat – berikutan lokasi lebih dekat berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA2).

Namun apa yang menarik, pada acara tersebut AirAsia memaklumkan pihaknya merancang perkenalkan khidmat baharu AirAsia+ yang berpotensi menawarkan caj penerbangan berbeza berbanding penawaran harga tambang semasa.

Penawaran tersebut dimaklumkan akan memperlihatkan caj yang lebih premium berikutan berpotensi dilengkapi khidmat makanan serta akses bagasi tambahan. Buat masa ini, khidmat tersebut akan dilaksanakan di Subang berikutan permintaan perjalanan melibatkan penumpung perniagaan akan lebih meningkat di lokasi tersebut dan berpotensi diperluaskan pada saluran lokasi penerbangan lain sekiranya ia mendapat maklum balas yang positif.

Berlandaskan perkongsian itu, Tony Fernandes menyatakan pelan tersebut akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat setelah operasi mencapai keputusan muktamad.