Instrumen simpanan khas di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) kini telah memaparkan prestasi yang membrangsangkan apabila sejumlah 6.4 juta akaun telah dibuka dengan rekod jumlah deposit RM18.54 bilion – setakat akhir Jun lalu.
Prestasi ini menurut KPT didorong hasil kesedaran ibu bapa akan keperluan simpanan para pelajar bagi tujuan pendidikan tinggi. Ini bermakna budaya menabung semakin meluas kalangan masyarakat negara, mencerminkan ketersediaan ibu bapa dan kumpulan pelajar akan sebarang keperluan kos di masa hadapan.
Malah tujuan pengeluaran dana dilihat sememangnya digunapakai untuk persediaan pendidikan anak-anak. Berdasarkan data, secara purata untuk 3 tahun terakhir didapati lebih 20% pengeluaran akaun dilaksanakan untuk anak selaku penerima manfaat berusia antara 18-24 tahun. Kategori usia ini kelaziman untuk tindakan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).
Ia secara jelas menunjukkan ibu bapa menggunakan simpanan pada Simpan SSPN ini bagi tujuan pembiayaan pendidikan tinggi anak-anak mereka.
Selain akses simpanan ini, Simpan SSPN turut menyertakan pelbagai insentif lain dengan penyediaan dividen tahunan, perlindungan takaful serta penawaran pelepasan taksiran cukai sehingga maksimum RM8,00 setahun ke atas simpanan bersih tahunan pendeposit.