Artikel

Bank Rakyat Perluas Akses Pembiayaan Buat Usahawan Asnaf – Pacu Perkembangan Perniagaan

Bagi memacu perkembangan perniagaan kalangan usahawan asnaf negara – Bank Rakyat kini telah menampilkan skim sokongan baharu menerusi RAKYATpreneur 5.0  dan Bank Rakyat UNIpreneur 4.0 bersama pembiayaan gabungan RM3.82 juta buat 800 usahawan terpilih.

Agenda ini adalah lanjutan daripada sokongan inisiatif terdahulu, di mana dalam tempoh 3 tahun seramai 1,833 usahawan dan pelajar asnaf telah berjaya meraih manfaat bersama jumlah pembiayaan sekitar RM6.63 juta.

Akses pembiayaan ini penting untuk menyokong usahawan menyesuaikan kedudukan operasi mereka bersama keperluan teknologi dan sumber kewangan yang kukuh. Situasi ini secara langsung melandaikan tekanan yang dihadapi usahawan asnaf negara.

Maka pada kesinambungan sokongan itu Bank Rakyat melihat, ia tidak sekadar meluaskan lagi jejak perkembangan perniagaan mereka bahkan turut menambahbaik status sumber pendapatan secara berkala.

Ini sekaligus akan meningkatkan lagi kemampanan perniagaan negara dan mengukuhkan infrastuktur sokongan pembiayaan buat pemain ekonomi.


Selain akses itu, para usahawan turut boleh melanggan pakej U Biz Bundle untuk internet perniagaan anda dengan 5 talian pada RM50 setiap satu, iaitu separuh harga daripada U Business.

Menerusi akses ini, usahawan berpeluang meraih internet berkelajuan tinggi sehingga 1,000GB dengan UltraHotspot 5G dan perayauan percuma di 63 destinasi. Di mana ia sesuai untuk perniagaan yang memerlukan kuota tinggi, dengan proses muat turun dan muat naik yang stabil.

Tidak hanya itu usahawan turut berpeluang perolehi dua telefon pintar 5G percuma dan tambah RM50 sebulan untuk jalur lebar perniagaan 5G Office dengan penghala Wifi 6 5G, tanpa bayaran pendahuluan atau pemasangan rumit. Sesuai untuk perniagaan seperti kedai pop-up atau trak makanan. Layari  laman rasmi U Business untuk maklumat lanjut.