Johor Corporation (JCorp) kini mencatatkan hasil pendapatan yang membrangsangkan apabila memperlihat pertumbuhan 8% kepada RM6.2 bilion bagi tahun kewangan 2023. Akan tetapi kesan tekanan kos semasa, cabara ekonomi serantau dan perubahan sentimen pengguna diperhatikan rekod untung bersih alami penyusutan kepada RM378 juta (-53%) berbanding tahun 2022 dengan RM808 juta.
Prestasi ini menurut rekod kewangan JCorp didorong pelbagai faktor antara paras inflasi pada 2023, perbelanjaan cukai yang lebih tinggi yang mengakibatkan penggunaan aset cukai tertunda pada operasi di bawah JCorp serta prestasi yang lebih rendah dipaparkan pada segmen makanan dan restoran.
Penyusutan itu untuk makluman memadamkan keuntungan yang dibuat pada awal tahun, menghasilkan pertumbuhan keseluruhan 1% dalam hasil untuk sejumlah RM4.9 bilion.
Berhubung prestasi yang lebih rendah pada segmen makanan dan restoran – situasi ini berlaku kesan perubahan sentimen pengguna berikutan krisis yang sedang berlaku di Timur Tengah. Persekitaran itu secara langsung memberi impak kepada sambutan pengguna pada perkhidmatan segmen ini.
Buat pengetahuan umum melalui QSR Brands, JCorp mengendalikan lebih 850 KFC di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Diikuti 500 cawangan pula melibatkan Pizza Hut bagi pasaran Malaysia dan Singapura.
Biarpun berdepan cabaran tersebut, JCorp kekal optimis berikutan cabang perniagaannya yang lain seperti kesihatan telah memaparkan lonjakan 17% pada prestasi pertumbuhan kepada RM3.4 bilion. Diikuti segmen hartanah yang terus mengukuh. Menerusi potensi sedemikian, JCorp menjangkakan prestasi kewangan 2024 akan lebih positif dan meraih pulangan yang membrangsangkan secara berperingkat.