Bertepatan dengan sasaran untuk menjenamakan semula pendidikan Tingkatan 6 – menjelang tahun hadapan, dijangka Kolej Tingkatan 6 Premium akan dilaksanakan pentadbiran negara.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), agenda itu bertujuan meningkatkan kualiti dan mutu saluran pengajian terbabit. Pelaksanaan kolej premium ini untuk maklumkan akan memperlihatkan penyediaan program aliran khusus serta fokus projek khas.
Usaha itu secara langsung berupaya meluaskan lagi skop pencapaian pelajar Tingkatan 6 yang boleh diberi tumpuan untuk keperluan pasaran semasa.
Selain usaha tersebut, KPM turut mengakui pihaknya dalam usaha meneliti potensi menyediakan elaun sara hidup kepada kumpulan pelajar Tingkatan 6 bagi memastikan kebajikan kumpulan ini terus dipelihara secara berkala.