Artikel

Sejumlah RM88.9 Bilion Pelaburan Pusat Data Telah Diluluskan Di Malaysia – Setakat Mac Lalu 

Malaysia dilihat terus rancak apabila pasaran negara menjadi pilihan selaku destinasi penempatan pusat data – Berdasarkan prestasi itu, sejak 2022 sehingga Mac 2024 lalu sejumlah RM88.9 bilion pelaburan telah diluluskan negara berkaitan pembangunan 11 projek pusat data di pasaran.

Di mana daripada jumlah tersebut menurut MITI, sekitar RM83.2 bilion (93.6%) adalah dari pelaburan asing – manakala RM5.7 bilion pula merupakan pelaburan tempatan.

Ketika ini projek pusat data yang telah beroperasi adalah tertumpu di Johor melibatkan tiga projek. Sementara lapan lagi projek dimaklumkan masih dalam pembinaan dan lokalitinya tertumpu pada Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan WP Kuala Lumpur.

Menerusi pembangunan ini MITI menyasarkan lebih banyak bakat digital tempatan akan meraih peluang pekerjaan di pasaran semasa – di samping infrastruktur digital negara pula terus berkembang seiring dengan permintaan pasaran global.