Artikel

Sekolah Digital Bersama U Mobile Kini Perluas Pembayaran Nirtunai, Sedia Kad Khas – Di 4 Sekolah Terpilih

Seiring dengan matlamat negara untuk memastikan setiap lapisan masyarakat memanfaatkan peranan digital – kini Sekolah Digital U Mobile diperkenalkan bagi meningkatkan pemerkasaannya dalam kalangan pelajar sekolah negara.

Usahasama dengan sokongan Kementerian Komunikasi ini untuk peringkat awal diumumkan akan memperlihatkan penerapan transaksi tanpa tunai (nirtunai) di empat sekolah kerajaan terpilih dengan pelaksanaan Projek Rintis: Ekosistem Tanpa Tunai Untuk Sekolah-sekolah Kerajaan.

Menerusi agenda itu ia secara langsung akan membantu negara melengkapkan ekosistem pembayaran nirtunai dengan lebih luas – dengan membuka ruang pelajar pelajari untuk memupuk amalan pengurusan wang yang cekap ketika berbelanja di sekolah mereka, seperti membayar makanan di kantin atau membeli barangan di kedai koperasi dan kedai buku sekolah. 

Lebih menarik dengan inisiatif Sekolah Digital bersama U Mobile ini ia turut membolehkan kumpulan ibu bapa mengetahui transaksi perbelanjaan anak-anak mereka dan aktiviti mereka khususnya berhubung pengambilan nutrisi makanan di sekolah. 

Pada projek rintis ini,  kumpulan pelajar yang terlibat akan menerima kit kad pengenalan pelajar yang digunakan untuk perbelanjaan di sekolah mereka. Maka segala transaksi nirtunai tersebut akan direkodkan pada laman perbelanjaan Sekolah Digital bagi perhatian ibu bapa dan penjaga. 

Melihat pada akses tersebut ia tidak sekadar meluaskan pengetahuan kewangan digital kepada pelajar sekolah bahkan turut membantu peniaga di sekolah memanfaatkan ekosistem digital.