U Mobile kini dimaklumkan sedang meninjau potensi untuk laksana penyenaraian tawaran awal permulaan (IPO) menjelang tahun hadapan. Menerusi aturan itu, operasi dijangka mengumpul lebih $500 juta seawal separuh pertama 2025.
Laporan Reuters ini menjelaskan U Mobile akan kemukakan permohonan IPO kepada pengawalselia dalam tempoh terdekat iaitu antara Julai dan Ogos 2024 bersama sasaran penilaian syarikat sekitar $2 bilion.
Buat pengetahuan umum hasrat ini bukanlah suatu perkara baharu yang ingin dilaksanakan U Mobile – tumpuan tersebut telah dizahirkan sejak tahun 2014 lagi. Dan sekiranya ia direalisasikan ini akan menjadi antara IPO terbesar di pasaran Malaysia dalam tempoh hampir 8 tahun.