Artikel

Mulai 25 Julai – Pengguna Puspakom Perlukan Nombor Pengenalan Cukai, Sebelum Buat Janji Temu

Selaras dengan pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkasakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), para pengguna Puspakom dimaklumkan perlu menyerta Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebelum laksana janji temu di seluruh cawangan operasi – bermula 25 Julai ini.

Notis itu bertujuan memastikan ketelusan dalam urus-niaga terus dicapai pada operasi mereka.

Pada penjelasan lanjut, untuk pelanggan korporat mereka perlu miliki No TIN, nombor pendaftaran syarikat dan nombor Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sementara individu pula perlu menyediakan kad pengenalan diri dan TIN sahaja.

Adanya pemerkasaan ini, ia akan memudahkan semakan setiap transaksi pembayaran dengan lebih baik selain pemprosesan data menjadi lebih tepat melibatkan keperluan Puspakom dan LHDN.

Maka sebarang tindakan lanjut, semua pengguna boleh layari pautan rasmi Puspakom atau hubungi talian khidmat mereka pada perincian seterusnya.


Untuk semua pembayar cukai – anda boleh menyemak No TIN anda dengan mendaftar masuk pada laman MyTax. Selanjutnya anda akan dapat melihat pemaparan No TIN di bahagian atas maklumat diri anda.