Lebih 4.5 juta pekerjaan yang terlibat dalam 10 sektor di pasaran negara akan menerima panduan di bawah Rangka Kerja Kemahiran Masa Hadapan – yang akan tersedia pada akhir September ini.
Rangka kerja ini adalah tindak-balas negara akan kesan yang akan didepani pekerja negara berikutan kewujudan kecerdasan buatan (AI), pendigital dan ekonomi hijau. Buat pengetahuan umum, Forum Ekonomi Dunia (WEF) menggariskan 44% daripada kemahiran teras pekerja dunia akan terkesan menjelang 2027 kelak.
Maka keperluan menambahbaik kemahiran pekerja mengikut permintaan kepakaran semasa harus diketengahkan demi kesejahteraan ekonomi negara.
Pemilihan 10 sektor ini dilaksana adalah berlandaskan keupayaan ekonominya pada pertumbuhan negara merangkumi 79% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
10 sektor yang terlibat untuk makluman meliputi sektor Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT), pembuatan dan perkhidmatan makanan, pembuatan farmaseutikal, aeroangkasa, elektrik dan elektronik (E&E), perdagangan borong dan runcit, bahan kimia, peralatan perubatan, khidmat perniagaan global serta kewangan, tenaga dan kuasa.
Selain inisiatif rangka kerja ini, difahamkan sebuah portal interaktif turut akan diwujudkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) negara – bagi membolehkan semua pemain ekonomi, pekerja, majikan, pelajar, dan pengubal dasar untuk merujuk rangka kerja tersebut di mana akan dikemaskini secara berkala buat kemudahan semua pihak.